D’ TANJAK HOMESTAY
SYARAT-SYARAT DAN
PERATURAN
·
Tetamu
adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan
yang sama jantina.
·
Makanan
dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman
keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
·
Menjaga
kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong
sampah yang disediakan.
·
Menggunakan
kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir.
Tutup lampu dan kipas, jika tidak digunakan.
·
Meletakkan
kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
·
Menjaga
adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.
·
Jangan
tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar
homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak
homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda
semasa menginap di homestay.
·
Jangan
buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
·
Anggaplah
homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti
ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
·
Diharap
anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay.
·
Sila patuhi masa Check Out yang
betul iaitu selewat-lewatnya 12.30 petang.
Sila call/sms saya setengah jam sebelum check out. Anda boleh minta
check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10/jam dengan syarat tiada
customer pada hari berkenaan.
·
Deposit tidak akan dikembalikan
jika anda membatalkan tempahan. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh
penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (Kami terpaksa mengambil langkah
ini bagi mengelakkan kerugian).
"SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI HOMESTAY
KAMI"
D’Tanjak Homestay
No. 38, Jalan Tanjak 2C
Taman Tanjak
44000 Kuala Kubu Bharu
No. Telefon : 012-3045128 (Ruzi)
: 012-2015800 (Fadil)
Harga : RM200.00 untuk semalam.
Taman Tanjak
44000 Kuala Kubu Bharu
No. Telefon : 012-3045128 (Ruzi)
: 012-2015800 (Fadil)
Harga : RM200.00 untuk semalam.
: RM170.00 (3 – 6 malam)
:
RM120.00 (melebihi 6 malam)
Homestay hanya
untuk Muslim sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan